DBKL sita motosikal halang laluan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari facebook DBKL
Sembilan motosikal diparkir menghalang laluan pejalan kaki, kaki lima premis dan ingkar papan tanda larangan parkir kenderaan di Jalan Bangsar, di Kuala Lumpur disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Tindakan sita itu diambil Pegawai Penguatkuasa dan Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan DBKL berdasarkan Tindakan Khas Angkut Kenderaan dan Kompaun Premis Buat Halangan Tempat Awam.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

 

DBKL dalam satu kenyataan turut memaklumkan sembilan motosikal berkenaan telah dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk tindakan lanjut termasuk pengeluaran notis kompaun dan tahanan sementara.

 

"35 notis kompaun pelbagai kesalahan lalu-lintas lain turut dikeluarkan dan empat notis kompaun terhadap empat premis yang melakukan halangan trend perniagaan di luar premis serta premis yang menumpahkan cecair minyak hitam di tempat awam semasa operasi dijalankan.

"Tindakan penguatkuasaan dilakukan menerusi kesalahan di bawah, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," kata kenyataan itu di laman Facebook DBKL pada Jumaat.

 

Dalam pada itu, dalam kenyataan yang sama DBKL mengingatkan pengguna jalan raya dan pemilik premis dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu agar mematuhi peraturan dan isyarat lalu-lintas yang ditetapkan DBKL.

 

 

DBKL

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, langkah itu bertujuan memberi laluan kepada Program Santai Seni@TAR, dan selari dengan…
Berita Domestik
Menerusi operasi itu, DBKL menjalankan pemeriksaan terhadap kontraktor yang menjalankan kerja…
Informasi
"Pada awal tahun ini, laluan yang telah dikenakan caj RM1 meliputi laluan 1 (hijau), 2 (ungu), 3 (…