Jiangnan U2 - hatchback elektrik dengan jarak gerak 406 km

oleh Mohamad Hanif|
Nampak cantik hatchback elektrik yang dipaparkan dalam artikel kali ini, namun tahukah anda, ia sebenarnya mempunyai kaitan dengan Suzuki Alto?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih tepat lagi, Suzuki Alto generasi kedua, di mana model tersebut pernah ditukarkan lencananya di China menjadi JN Auto dan dijual sebagai salah satu kereta yang paling murah di China tahun 90-an.
 

Jiangnan


Model Jiangnan U2 2023 yang retro futuristik ini dilihat membawakan rujukan rekaan terhadap model asal Alto, walaupun ia sebenarnya dibina berdasarkan model Ruixiang Hoen O2 oleh BAIC.

Reka bentuk EV yang comel itu disumbangkan dengan unit lampu utama depan dan belakang berbentuk segi empat, diikuti dengan pemegang pintu tertanam, bumbung panoramik, spoiler belakang dan rim aloi bersaiz 17 inci.
 

Jiangnan


Dari segi dimensi, U2 ini membawakan ukuran sepanjang 3,840 mm, dengan jarak antara roda sepanjang 2,521 mm.

Terdapat dua pilihan trenkuasa ditawarkan, iaitu 74 hp/120 Nm atau 107 hp/160 Nm di mana kedua-dua didatangkan dengan sistem pacuan roda hadapan.
 

Jiangnan


Jiangnan juga menawarkan dua pilihan kapasiti pek bateri, masing-masing dengan jarak gerak sejauh 305 km dan 406 km untuk sekali cas penuh.

Setakat ini, tiada sebarang info berkenaan tarikh pelancaran serta harga jualan Jiangnan U2 untuk pasaran China, yang pasti ia bakal disasarkan sebagai salah satu kereta yang paling murah di sana.

Sumber: Autohome

Berita Berkenaan

Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…