Di dalam perkongsian tersebut, terdapat beberapa buah motosikal yang diletakkan di laluan berbumbung pejalan kaki yang mengakibatkan kesukaran orang awam, pelancong serta orang kelainan upaya (OKU) untuk menggunakan laluan pejalan kaki tersebut.
“Susulan itu sepasukan pegawai dan penguatkuasa DBKL telah hadir meninjau lokasi berkenaan lewat petang Khamis.
“Perancangan telah dibuat bagi mengadakan tindakan penguatkuasaan menyita dan mengalihkan motosikal yang diletakkan disepanjang laluan pejalan kaki.
“Hari ini, sejumlah 11 buah motosikal telah dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk tindakan lanjut termasuk pengeluaran notis kompauan dan penyimpanan sementara,” katanya.
Tambahnya lagi, tindakan diambil menerusi kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Sementara itu, DBKL berkata mengikut statistik bagi Januari hingga Februari 2023, sejumlah 38 buah motosikal telah dibuat tindakan angkut di sekitar kawasan tumpuan (hotspot) pusat bandar melibatkan halangan tempat awam dan laluan OKU.
Tegasnya, pengguna jalan raya diingatkan agar memastikan kenderaan seperti motosikal atau kereta diletakkan ditempat sepatutnya tanpa menghalang dan menggangu pejalan kaki atau kelancaran lalulintas.
- bumbung untuk pejalan kaki bukan untuk 'payungkan' motor ya -