Dengan penyerahan 5 unit kereta tersebut, ia menandakan satu lagi langkah ke arah penyampaian 'Mobiliti untuk Semua' dan menghasilkan 'Kebahagiaan untuk Semua' disokong oleh komitmen Toyota ke arah neutraliti karbon menjelang 2050 serta Inisiatif Mobiliti Hijau dan Tenaga Hijau Sarawak.
Toyota pada peringkat global sememangnya komited terhadap neutraliti karbon global menjelang 2050 secara praktikal dan mampan sambil turut menyampaikan Mobiliti untuk Semua.
Syarikat gergasi Jepun itu dilihat sedang membangun barisan penuh kenderaan elektrik ke pasaran Asia bagi mengembangkan pilihan neutral karbon dan pengurangan karbon untuk pelanggan.
Bersama dengan strategi dan perancangan SEDC Energy dalam Ekonomi Hidrogen Sarawak dan Mobiliti Elektrik, laluan masa depan sifar pelepasan adalah dalam mengurangkan perubahan iklim .
Usaha ini adalah salah satu daripada banyak langkah dalam mewujudkan kesedaran kepada orang ramai tentang banyak penyelesaian yang tersedia dalam mobiliti.
Menurut Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi elektroliser di Sarawak diharap dapat menghasilkan hidrogen yang lebih murah dalam tempoh lima hingga 10 tahun.
Sarawak menerusi SEDC Energy kini bekerjasama dengan Korea Selatan dan Jepun dengan matlamat menjadikan bahan bakar itu lebih murah.
Toyota Mirai yang diserahkan itu merupakan generasi kedua kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV), ianya dibina menggunakan platform TNGA-L.
Toyota Mirai didatangkan dengan susunan tangki bahan api berbentuk T, di mana konfigurasi tiga tangki ini mampu memuatkan lebih banyak kapasiti bahan api (5.6 kg) dan membenarkan jarak operasi sejauh 850 km!
Antara ciri keselamatan yang dilengkapi pada Toyota Mirai ialah Toyota Safety Sense, serta Toyota Teammate Advanced Driving Assist Function yang merupakan ciri pemanduan autonomi.
Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, “Untuk meneruskan pecutan kenderaan elektrik, Toyota telah melabur dalam penyelidikan dan pembangunan untuk pengkomersilan kenderaan sel bahan api hidrogen."
"Dengan penghantaran Mirai kepada SDEC Energy, yang bernafas seperti manusia dan hanya menghasilkan air serta kuasa mengagumkan, kedua-dua UMW Toyota Motor dan SEDC Energy bersedia untuk memanfaatkan peluang bagi mengkaji lebih lanjut potensi teknologinya."