Tempahan Toyota Hiace Panel Van 3.0L kini dibuka, 136 PS/300 Nm, dari RM123 ribu

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini mengumumkan pembukaan sesi pra-tempahan bagi model van komersial Toyota Hiace Panel Van 3.0L.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0 liter berkuasa 136 PS @ 3,400 rpm, dan daya kilas 300 Nm @ 1,200-2,400 rpm yang mematuhi piawaian emisi Euro 4.
 

hiace


Enjin baharu itu dipadankan dengan kotak gear manual lima nisbah kelajuan, menjanjikan penggunaan bahan api yang optimum.

Van panel Hiace 3.0L ini menawarkan ruang kargo yang amat luas, dengan keupayaan untuk memuatkan barangan sepanjang hampir tiga meter (2,900 mm).
 

hiace


Selain itu, ia juga turut mendapat ciri keselamatan seperti dua beg udara (SRS), sistem brek anti-kunci (ABS), Load Sensing Proportioning & Bypass Valve (LSP & BV), dan juga penderia undur.

Ruang kabin pula mendapat kelengkapan seperti roda stereng urethane, sistem pendingin hawa larasan manual, tag RFID, serta sistem audio dengan dua pembesar suara atau opsyen untuk memuatkan skrin Display Audio sebesar tujuh inci dengan sokongan kamera undur.
 

hiace


Pra-tempahan bagi Toyota Hiace Panel Van 3.0L ini dibuka bermula hari ini (1 Mac 2024), dengan harga jualan bermula dari RM123,000.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…