Sebanyak 202,197 unit N-Box telah terjual pada tahun lepas, diikuti oleh Toyota Yaris (168,557 unit), Toyota Corolla (131,548 unit), Nissan Note dan Toyota Roomy.
Sementara itu, jualan bagi kenderaan elektrik turut mencatatkan angka yang memberangsangkan untuk pasaran Jepun.
Nissan Sakura EV merupakan antara yang popular, dengan jumlah jualan sebanyak 21,887 unit sementara kembarnya Mitsubishi eK X telah terjual sebanyak 4,175 unit.
Angka jualan bagi sebuah lagi EV Nissan, iaitu Nissan LEAF melonjak 17 peratus kepada 12,732 unit berbanding tempoh yang sama pada tahun terdahulu.
Sumber: NHK