Honda N-BOX 2024 dengan aksesori Honda Access

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda N-BOX CUSTOM PREMIUM STYLE
Honda N-BOX CUSTOM PREMIUM STYLE
Honda N-BOX generasi ketiga diperkenal di Jepun pada Ogos 2023 dan seperti biasa kit Honda Access menyusul dan mula diedarkan pada 6 Oktober.

Untuk pengguna tempatan yang tidak sabar untuk memiliki N-BOX, harap sabar menanti kerana perlu tunggu sekurang-kurangnya setahun sebelum dibawa masuk.

Honda Access membahagikan aksesori kepada dua pakej utama iaitu N-BOX CUSTOM PREMIUM STYLE dan N-BOX MODERN CASUAL STYLE.

Tidak hanya luaran, Honda Access juga menawarkan pelbagai aksesori dalaman dan praktikal untuk digunakan pelbagai kategori penumpang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda N-BOX dengan aksesori Honda Access

 

Honda N-BOX CUSTOM PREMIUM STYLE

Sejak generasi sebelum ini dan kepada yang berhajat, terdapat dua model utama N-BOX iaitu N-BOX Custom yang tampil serius dan N-BOX dengan gaya bersahaja.

Aksesori N-BOX Custom lebih kepada gaya premium dengan riasan krom dari bahagian depan hingga belakang kereta.

Bahagian dalam dilengkapi pelbagai lampu dari pemijak kaki, pembuka pintu hingga kepada poket pintu.

 

Honda N-BOX CUSTOM PREMIUM STYLE

 

Aksesori N-BOX CUSTOM PREMIUM STYLE

  • Jeriji depan
  • Lampu kabus LED (putih atau kuning), pendakap dan perumah lampu kabus
  • Pendakap pintu sisi dan pintu but krom
  • Bingkai plat belakang
  • Pelindung hendal pintu
  • Lampu LED pada pemijak sisi
  • Lampu LED pada pembuka pintu dalam dan poket pintu
  • Lampu lantai
  • Pembalut kerusi kulit sintetik

Harga bermula dari 8,800 yen (RM278) untuk pelindung hendal pintu dan sehingga 59,400 yen (RM1,877) bagi set lampu kabus LED kuning, pendakap dan perumah lampu kabus.

Honda N-BOX MODERN CASUAL STYLE

Honda N-BOX MODERN CASUAL STYLE

 

Aksesori untuk model ini lebih bersahaja dan menggunakan kemasan warna tembaga berbanding krom. 

  • Lampu kabus LED dan perumah lampu kabus (Clear/Kuning, Platinum White Pearl)
  • Lampu kabus LED dan perumah lampu kabus (Clear/Kuning, Crystal Black Pearl)
  • Pelindung cermin sisi
  • Rim aluminium MG-022 14 inci
  • Grafik depan dan belakang
  • Pembalut kerusi fabrik
  • Karpet lantai

Harga bermula dari 8,800 yen (RM278) untuk pelindung cermin sisi hingga 27,500 yen (RM869) bagi seunit rim MG-022.

 

Honda N-BOX MODERN CASUAL STYLE

 

Aksesori umum Honda Access

  • Konsol bumbung dengan peneduh
  • Konsol alas tangan
  • Pelapik papan pemuka
  • Pelindung bingkai pintu
  • Filem bingkai pintu
  • Filem hendal pintu
  • Pintu gelangsar bebas tangan
  • Pintu gelangsar satu sentuhan (untuk pintu gelangsar berkuasa)
  • Pelapik ruang bagasi
  • Pengecas USB dan pengecas USB PD (Type-C)
Honda N-BOX dengan aksesori Honda Access

 

Aksesori navigasi dan multimedia

  • Skrin 9 inci Honda CONNECT dengan navigasi khusus untuk N-BOX
  • Skrin 8 inci Honda CONNECT dengan navigasi
  • Skrin audio 8 inci
  • Kamera keselamatan belakang
  • Sistem kamera depan
  • Pembesar suara Kenwood
  • Perakam video depan
  • Perakam video depan dan belakang
  • Skrin belakang 12.8 inci 
  • Skrin belakang 10.1 inci
Honda N-BOX dengan aksesori Honda Access

 

Honda N-BOX digerakkan dua pilihan enjin iaitu 660 cc turbo atau 660 naturally-aspirated dengan transmisi CVT dan pilihan pacuan dua (FF) atau empat roda (4WD).

Harga bermula daripada 1,648,900 yen (RM52,125) untuk varian asas N-BOX 660 FF. 

Varian paling premium, N-BOX CUSTOM Turbo Coordinate Style dua tona berharga 2,362,800 yen (RM74,692).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Honda N-BOX 2023