Antara hadiah utama yang ditawarkan berupa pakej percutian tempatan dan percuma bahan api untuk setahun, bagi menyertai peraduan itu anda hanya perlu mengisi minyak minimum RM40 dalam satu resit di mana-mana cawangan Caltex hingga Februari.
Pengurus Runcit Chevron Malaysia Limited, Richard Tang berkata, “Memandangkan pelanggan berada di titik paling utama perniagaan kami, kami ingin melancarkan promosi yang memberi ganjaran kepada mereka kerana memilih Caltex untuk memacu keperluan."
"Promosi selama tiga bulan ini akan menyaksikan sejumlah 1,590 pemenang dengan hadiah dan promosi bertajuk 'Fuelling Giler', memang betul kami ada ganjaran gila seperti minyak untuk sepanjang tahun."
Promosi itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang telah bermula dari 28 November 2022 hingga 28 Februari 2023, mereka yang berminat hanya perlu mengikuti 2 langkah mudah seperti berikut:
- Pam minimum RM40 dari RON95, RON97 atau diesel dalam satu resit di mana-mana stesen Caltex seluruh Malaysia.
- Hantarkan resit anda melalui kod QR yang akan disediakan di stesen minyak atau terus hantarkan gambar di nombor +60182999980 melalui aplikasi WhatsApp.
Sempena promosi yang sedang berlangsung itu, Caltex Malaysia telah mengadakan 'Karnival Fuelling Giler' di beberapa stesen Caltex seluruh negara dengan menawarkan pelbagai hadiah dan aktiviti menarik.
Hentian terakhir karnival itu akan berlangsung pada hujung minggu ini di Kedah dan Penang, untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan promosi yang diadakan, anda boleh layari laman sesawang Caltex Malaysia.