Chevron Malaysia lantik Dean Gilbert sebagai Pengerusi Negara baharu

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Chevron Malaysia Limited (Chevron), yang merupakan pemasar jenama Caltex di Malaysia telah melantik Dean Gilbert sebagai Pengerusi Negara baharu, dimana beliau akan berkhidmat sebagai Pengurus Besar Produk Antarabangsa Asia Tenggara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gilbert juga akan berperanan ke atas jualan komersil dan runcit, serta pemasaran produk pelincir dan bahan api Caltex di Malaysia.

Sebelum ini, Gilbert merupakan Pengurus Besar Pemasaran dan Sokongan Jualan yang berpangkalan di Singapura, di mana beliau memainkan peranan penting dalam pelancaran CaltexGO.

CaltexGO merupakan salah satu daripada penyelesaian pembayaran mudah alih yang pertama untuk stesen servis di Asia, dan mengembangkan segmen pasaran baharu kepada pelanggan seperti dalam  sektor perkhidmatan e-hailing.

 

2

 

Berasal dari New Zealand, Gilbert mempunyai pengalaman lebih 27 tahun dalam industri antarabangsa bersama Chevron, dan telah berkhidmat di beberapa negara seperti Singapura, Filipina, Thailand, US dan negara asalnya New Zealand.

Pengurus Besar Produk Antarabangsa Asia Tenggara, Dean Gilbert berkata, "Saya teruja dan berbesar hati untuk menyertai pasukan dinamik ini dan terus mengemudi perniagaan ke tahap yang lebih tinggi."

"Malaysia terus menawarkan peluang pertumbuhan untuk Chevron, dan fokus awal saya adalah untuk memacu nilai tambah tawaran untuk meningkatkan pengalaman pelanggan Caltex sedia ada dan baharu kami."

"saya melihat ke hadapan untuk bekerjasama dengan perusahaan tempatan bagi mengukuhkan rangkaian runcit Caltex kami, dan seterusnya ekonomi pertumbuhan untuk rakan kongsi perniagaan Malaysia kami.”

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memulihkan minat dalam STEM (Science, Technology…
Berita Domestik
Program Caltex Rewards kini tersedia di aplikasi CaltexGo, dimana ia membolehkan pengguna untuk…
Berita Domestik
Antara hadiah utama yang ditawarkan berupa pakej percutian tempatan dan percuma bahan api untuk…