Yamaha Ego Avantiz 2023 kini boleh didapati dengan tiga warna yang bergaya, iaitu Kelabu, Cyan dan juga Merah.
Dari segi spesifikasi, Ego Avantiz masih lagi mengekalkan enjin silinder tunggal bersesaran 125 cc (patuh Euro 4) dengan janaan kuasa 9.4 hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 9.6 Nm @ 5,500 rpm.
Sistem suspensi hadapan adalah jenis teleskopik manakala bahagian belakang pula disokong dengan lengan buai dan penyerap hentak tunggal.
Yamaha Ego Avantiz menggunakan sistem brek cakera di depan sementara roda belakang menampilkan sistem brek jenis gelendong.
Skuter ini mempunyai berat sekitar 97 kg, dengan ketinggian pelana 773 mm sementara kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 4.2 liter.
Ia boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula 22 Disember 2022 dengan harga jualan bermula dari RM5,998.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).