“Pihak pengurusan feri mengambil inisiatif membantu kerajaan untuk memudahkan orang ramai pulang mengundi.
“Bagaimanapun untuk perjalanan dari Langkawi hanya satu perjalanan tambahan diadakan iaitu ke Kuala Kedah pada Ahad untuk membawa penumpang kembali ke tanah besar,” katanya ketika dihubungi Astro Awani pada Jumaat.
Menurut Baharin, penjualan tiket juga lancar dan tiada kesesakan di kaunter kerana kebanyakan penumpang telah membeli secara dalam talian.
Katanya, penumpang juga diminta agar merancang awal untuk menggunakan perkhidmatan feri bagi mengelakkan kesesakan di terminal feri.