Membuat kemunculan rasmi di Sentul Depot adalah SUV elektrik ID.4 yang hadir dalam varian Pro RWD, selain barisan model-model terbaharu seperti Golf, Arteon, Tiguan Allspace.
Terdapat juga pameran kenderaan klasik Golf dan Golf GTI, serta model-model ikonik seperti Kombi, Beetle, Scirocco, Karmann Ghia dan Corrado.
Sepanjang dua hari ini, para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan penyanyi jemputan seperti An Honest Mistake, Saint Kylo dan Victor Trixter, selain penampilan istimewa Zeem Ahmad dan Qhoirunnisa di Football Arena.
Volkwagen Fest 2022 dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada hari Sabtu, dan 10 pagi hingga 8 malam pada hari Ahad 16 Oktober.