Audi RS3 Sedan buat kemunculan rasmi di Sentul Depot, hujung minggu ini

oleh Mohamad Hanif|
PHS Automotive Malaysia (PHSAM) mengumumkan pameran Audi Experience yang bakal dianjurkan di Sentul Depot pada 15 dan 16 Oktober ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pameran Audi Experience ini menampilkan portfolio terkini jentera berprestasi tinggi, sedan, sportback dan SUV mewah Audi seperti A3 Sedan dan RS 3 Sedan, Audi A5 Sportback serta SUV Audi Q8 yang menggabungkan gayaan elegan coupe mewah empat pintu dengan praktikaliti dan versatiliti sebuah SUV.  

Menurut Pengarah Urusan PHSAM, Erik Winter berkata, “Matlamat kami adalah untuk meluaskan pilihan model-model Audi yang memenangi anugerah di Malaysia. Seterusnya memenuhi permintaan terhadap kereta mewah berprestasi tinggi, pada masa sama ingin meningkatkan pertumbuhan pasaran di Malaysia dengan menawarkan pengalaman pemanduan yang mengujakan. Model-model ini terus mendapat perhatian daripada para peminat dan kami berbesar hati untuk mempamer dan menawarkan sesi pandu uji sepanjang pameran Audi Experience ini berlangsung.”
 

Audi


Pihak PHSAM turut menyediakan sesi pandu uji bagi model-model A5 Sportback dan Q5 Sportback.

Kenderaan Audi yang dibeli di Malaysia kini disokong oleh penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Sebagai info, Audi A3 Sedan ditawarkan pada harga bermula RM331,990.00 sementara RS 3 Sedan kini dibuka untuk tempahan dengan harga dijangka bermula di antara RM650,000 dan RM750,000.