Berdasarkan hantaran di Instagram Wilcoblok, beliau mendakwa gambar-gambar itu merupakan imej rasmi yang disumberkan daripada BMW M dengan tambahan komponen opsyen yang mampu menjadikan penampilan M2 2023 itu lebih agresif.
Antara perubahan yang didatangkan termasuklah penambahan splitter hadapan yang bersambung dengan sirip bahagian kiri dan kanan bampar, liang sisi dengan bilah menyerong, perumah cermin sisi hitam, serta rabung menonjol pada belakang keempat-empat arka roda.
Bahagian belakang pula dipasangkan dengan spoiler tingkap belakang, diikuti dengan sayap belakang yang lebih besar di atas trunk, sementara bampar belakang pula mendapat tambahan liang palsu yang besar, dan tip ekzos dialihkan ke tengah.
Jika anda merasakan M2 standard tidak begitu agresif, boleh cuba dapatkan pakej opsyen M Performance Parts ini supaya rakan-rakan Type R FK8 anda tidak kesunyian.