BMW M2 2023 rasmi - 453 hp, 550 Nm, 0-100 kmsj 3.9 saat, pilihan transmisi auto atau manual!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa kali gambar tertiris ke laman maya, BMW akhirnya menyingkap tirai bagi model coupe dua pintu BMW M2 2023 serba baharu yang akan dibina secara eksklusif di kilang Mexico.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Rupa paras mana-mana model BMW tidak akan terlepas daripada menjadi bualan ramai, dan tidak terkecuali BMW M2 kali ini.

Dari hadapan, ia membawakan rekaan jeriji buah pinggang tanpa rangka yang sedikit berpetak, dan elemen yang sama turut dibawakan pada bahagian bampar dengan liang udara bersegi.
 

m2


Lebih mencuri tumpuan adalah rekaan belakang, di mana bahagian bampar tersebut menampilkan rekaan yang agak pelik (dan bersegi), sebelum diakhiri dengan spoiler lip belakang, diffuser serta empat tip ekzos.

Disebabkan rekaan pelik itu, BMW M2 2023 mempunyai dimensi yang sedikit besar - lebar 50 mm dan 104 mm lebih panjang berbanding 2-Series Coupe.  

Sebagai makluman, BMW M2 memiliki ukuran dimensi panjang 4,580 mm, lebar 1,887 mm, tinggi 1,402 mm, dengan berat sekitar 1,730 kg dalam versi manual dan 1,754 kg dalam versi automatik.
 

M2


Ya, di zaman moden di mana transmisi manual kini di ambang kepupusan, BMW masih lagi menawarkan kotak gear 'purba' itu pada M2 2023.

BMW M2 2023 dijana dengan enjin 3.0 liter turbo enam silinder sebaris S58 TwinPower yang mampu menghasilkan 453 hp @ 6,250 rpm dan daya kilas 550 Nm @ 2,650-5,870 rpm.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 4.1 saat dalam versi manual, sementara versi automatik lapan kelajuan pula sedikit pantas, 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 248 km/j (atau 283 km/j jika dipasangkan pakej M Driver).
 

m2


BMW M2 2023 ini dipasangkan dengan rim 19 inci di bahagian depan (balutan tayar 275/35 ZR19) dan rim 20 inci dengan balutan tayar 285/30 ZR20 di bahagian belakang dengan kemasan jet black atau bi-colour.

Terdapat dua pilihan tempat duduk, dimulakan dengan kerusi larasan elektrik M Sport atau tempat duduk bucket M Carbon.

Kabin M2 ini menampilkan perisian iDrive 8 yang terkini, dengan skrin paparan 12.3 inci di hadapan pemandu dan skrin infotainmen melengkung 14.9 inci yang didatangkan dengan BMW Maps sebagai ciri standard.
 

M2


Antara opsyen yang ditawarkan termasuklah paparan head-up spesifik M, pengecasan nirwayar, eSIM 5G serta ciri pemanas roda stereng.

Direka untuk mengutamakan pengalaman pemanduan, pemandu boleh menetapkan beberapa pilihan di menu M Setup, terutama pada talaan kotak gear, sistem stereng (Sport/Comfort), sistem brek, 10 tetapan M Traction Control serta Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) yang boleh ditetapkan kepada M Dynamic Mode untuk gelinciran roda yang lebih hebat.
 

M2


Terdapat juga ciri analisa pemanduan drift (M Drift Anaylzer) yang membolehkan anda mendapatkan maklum balas berkenaan pemanduan senget yang dibuat seperti sudut, jarak dan tempoh drift yang dibuat.

BMW M2 2023 bakal dilancarkan secara rasmi di peringkat global pada April 2023 dengan harga jualan bermula dari $62,200 (RM290,661) di pasaran Amerika Syarikat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin mengecil mungkin satu halangan yang sukar, dan…
Berita Global
Imej baharu ini memperlihatkan rekaan sisi coupe dua pintu M2 2023 yang dipadankan dengan set rim…
Berita Global
Imej yang diperoleh daripada pengguna Instagram sugardesign_1 itu memaparkan pendekatan yang…