Dari segi saiz, Hyper Sting jauh lebih besar daripada Concorde, dengan panjang 328 kaki, iaitu lebih 100 kaki lebih panjang daripada Concorde, dan lebar sayap 169 kaki, berbanding Concorde 85 kaki.
“Fiuslaj akan mempunyai bentuk 'sengat besar' dengan 'hidung' yang sangat tajam, yang akan mempunyai fungsi untuk mengawal aliran udara hadapan (tekanan/kelajuan), untuk mengagihkannya semula ke bahagian tengah dan ke atas sayap,” menurut kata Viñals.
Dua enjin ramjet yang dikuasakan oleh reaktor nuklear kecil akan membantu menggerakkan jet ke kelajuan kilatnya.
Ia juga memerlukan penggunaan reaktor nuklear gabungan sejuk, yang pada masa ini masih merupakan konsep teori sahaja lagi.
"Untuk era baharu penerbangan supersonik terdapat beberapa projek sedang berlaku, ia adalah inisiatif dari pihak swasta dan awam yang berbeza, beberapa daripadanya sedang berjalan dengan baik dan boleh menjadi konsep sebenar dalam masa beberapa tahun lagi."
"Penerbangan supersonik akan kembali, tetapi dalam kes ini disebabkan oleh beberapa sistem yang sangat inovatif, seperti reaktor gabungan sejuk, tarikh kemungkinan pengeluaran dijangka akan berlaku pada tahun 2030 ke atas dan kosnya tidak akan murah," menurut Viñals.
Viñals merupakan pereka di sebalik projek penerbangan berskala besar termasuk Sky Whale dan Big Bird.
Walaupun rekaan itu baru sahaja berada pada peringkat hipotesis, Vinals berharap ia mampu memperkenalkan konsep yang realistik untuk pesawat berkelajuan tinggi dalam masa terdekat.