Aston Martin DBS Superleggera Concorde Edition - 10 unit sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Salah sebuah pengedar Aston Martin di Bristol telah melancarkan grand tourer edisi terhad Aston Martin DBS Superleggera yang mengambil inspirasi daripada pesawat supersonik Concorde.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hanya 10 unit sahaja yang akan ditawarkan, dan model edisi terhad ini bertujuan untuk meraikan ulang tahun yang ke-50 penerbangan pertama pesawat Concorde serta ulang tahun yang ke-100 salah sebuah syarikat penerbangan Concorde - British Airways.

 


Dari segi luaran, terdapat beberapa elemen British Airways yang dilayangkan seperti warna rasmi syarikat tersebut pada beberapa komponen, bumbung gentian karbon dengan grafik sillhouette pesawat Concorde, logo 'Speedmarque' pada wing hadapan dan lencana Q by Aston Martin dengan kemasan enamel hitam. 

Terdapat juga hiasan pesawat Concorde di bahagian fender hadapan yang cukup kemas dan mampu menaikkan seri jentera edisi terhad ini. 

 


Sementara itu, ruang kabin turut mengambil inspirasi daripada kabin British Airways, dengan penampilan logo Concorde pada tempat duduk hadapan. 

Elemen aviasi diasimilasikan dengan baik menerusi grafik Mach Meter yang disulam pada penghadang matahari tempat duduk pemandu, headliner unik Alcantara dengan grafik ledakan sonik (sonic boom), serta pedal penukar gear yang diperbuat daripada titanium yang diperoleh daripada bilah kompresor Concorde!

Mengakhiri kemasan yang ditawarkan adalah alas lantai dengan rekaan Terence Conran, buckle tali pinggang keledar daripada aluminium solid dan plak hiasan ambang pintu. 
 


Setiap unit Aston Martin DBS Superleggera Concorde Edition ini akan dicop dengan nombor pendaftaran pesawat oleh Civil Aviation Authority, dan ia akan ditandatangani oleh Presiden dan CEO Aston Martin Lagonda, Andy Palmer dan Pengerusi British Airways, Alex Cruz.

Dari segi kuasa, model edisi terhad ini kekal dengan penawaran nadi standard 5.2 liter V12 turbo berkembar yang mampu menjana 715 kuasa kuda dan 900 Nm, dengan kuasa pecutan 0-100 km/j sepantas 3.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 340 km/j. 
 


Seperti yang disebutkan di atas, hanya 10 unit sahaja yang dihasilkan dan kesemuanya boleh dibeli menerusi pengedar Aston Martin yang bertauliah di Bristol sahaja. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebanyak 499 unit sahaja yang akan diproduksikan, di mana 300 terdiri daripada model coupe dan 199…
Berita Global
Aston Martin DBS Superleggera Pentland Green Jentera produksi terpantas Aston Martin DBS…
Berita Global
Model Vantage dan DBS Superleggera 007 Editions ini boleh didapati dalam unit terhad, dan kedua-…