Selain Malaysia yang menduduki tangga ke-12 terburuk, antara negara lain yang disenaraikan termasuklah Kuwait, Costa Rica, Georgia, Panama dan New Zealand.
Kuwait mempunyai kadar kematian jalan raya yang ketiga tertinggi di dunia untuk setiap 100,000 orang, iaitu hampir 19, berbanding Malaysia yang mempunyai rekod kematian kedua tertinggi di dunia (22.76 untuk setiap 100,000 orang).
Kajian tersebut memberikan Malaysia skor keselamatan keseluruhan 3.32/10 berdasarkan empat faktor seperti kualiti jalan, peningkatan kualiti jalan raya, kematian jalan raya serta saiz relatif rangkaian jalan raya.
Sebagai perbandingan, Singapura mendapat skor 9.44 dengan kadar kematian jalan raya yang paling sikit, 1.69 untuk setiap 100,000.
Dalam satu laporan berasingan yang diterbitkan Mei lalu, Malaysia merupakan antara 10 negara yang paling berbahaya untuk memandu, diikuti oleh negara Thailand, India, Argentina, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan.
Sumber: Berita Harian