Antara alasan yang diberikan adalah masa menunggu terlalu lama di lampu isyarat, nak cepat menuju destinasi dan pelbagai alasan remeh.
Perlu diingatkan bahawa tindakan melanggar lampu isyarat ini bukan sahaja membahayakan nyawa penunggang motosikal itu sendiri malah pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam operasi tersebut, 170 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan.
Antara kesalahan yang dikesan adalah melanggar lampu isyart, lesen tamat tempoh, tidak memakai topi keledar, tidak memiliki lesen memandu dan pelbagai kesalahan lain.
"116 saman dikenakan terhadap motosikal selain 39 saman bagi kereta manakala lima untuk lori dan lain-lain kenderaan," katanya.
Menurutnya, pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Bakri turut berkata bahawa pihak polis akan sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil sekiranya pengguna jalan raya melakukan kesalahan lalu lintas.