Saman kesalahan nombor plat paling tinggi!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Kosmo
Saman membabitkan kesalahan nombor plat paling banyak dikeluarkan dalam Op Bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi, di Kuala Lumpur pada Rabu.


Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Deputi Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, pihaknya mengeluarkan keseluruhannya 48 saman dalam operasi jam 9 malam itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurutnya, operasi yang diketuai Pegawai Turus Zon Tengah B, ASP Amir Che Ya turut dibantu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan PLUS Berhad.

"Polis mengeluarkan sebanyak 48 saman kepada pemandu dan penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

"Kesalahan nombor plat adalah paling tinggi iaitu 19, diikuti tiada lesen memandu (9), tidak pamer P (4), cermin sisi (4) dan lain-lain.

"Selain itu, JPJ turut mengeluarkan 77 saman manakala JAS tujuh saman membabitkan empat motosikal serta tiga lori atas kesalahan ekzos bising dan asap hitam," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Pada masa sama, AADK menahan 11 lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun kerana didapati positif dadah.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya menjalankan operasi bagi memastikan undang-undang trafik dipatuhi sekaligus mengurangkan kemalangan jalan raya.

"JSPT komited dalam menjalankan penguatkuasaan bagi memberikan peringatan dan kesedaran kepada pengguna kenderaan agar kita semua kekal selamat semasa berada di atas jalan raya," katanya.

 

Harian Metro