Surau bergerak ini boleh memuatkan 10 jemaah lelaki dan wanita dalam satu-satu masa sementara 20 jemaah lelaki lagi bagi ruang solat di bahagian luar lori.
Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada pengunjung melibatkan program ad hoc seperti maraton dan sambutan Hari Kebangsaan.
Beliau turut berkata kepada pemberita pada Ahad bahawa surau bergerak ini boleh diparkir di kawasan tumpuan orang ramai seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang ditutup kepada kenderaan pada setiap Ahad.
Turut dilancarkan adalah kenderaan baharu bagi Skuad Penyelamat DBKL iaitu Rapid Response Vehicle (RRV) yang dilengkapi peralatan kecemasan seperti mesin pemotong besi, gergaji dan pakaian anti lebah.
Kegunaannya adalah untuk memberi bantuan kecemasan bencana alam apabila terdapat pokok tumbang atau objek yang menghalang laluan awam selain menangani masalah gangguan binatang liar dan berbisa seperti ular, lebah dan tebuan.
"DBKL sudah ada persefahaman antara agensi penyelamat lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sekiranya melibatkan ancaman haiwan berbisa dan tidak melibatkan nyawa, Skuad Penyelamat DBKL akan memberi bantuan segera,” katanya.