UUM sediakan surau bergerak untuk pelajar lelaki

oleh SALINA JALIL|
Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil inisiatif mengubah suai bas untuk dijadikan surau bergerak atau lebih dikenali sebagai ‘Musolla On Wheels’ sebagai kemudahan penuntut universiti menunaikan solat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah Pusat Penginapan Pelajar (SAC), Roslina Abdullah, berkata, idea mewujudkan surau bergerak itu tercetus selepas melihat penuntut bersesak-sesak di surau pada waktu puncak, terutama Zohor.

 

“Surau yang sedia ada tidak mampu untuk menampung jumlah pelajar yang ramai pada satu masa sehingga ada segelintir pelajar terpaksa pulang ke Inapan Siswa (INASIS) untuk menunaikan solat sebelum kembali ke dewan kuliah.

 

“Prihatin dengan keadaan pelajar ini, SAC dengan kerjasama Syarikat Bas Unic melancarkan surau bergerak di bawah program Unic Care yang mula beroperasi sejak awal Februari lalu dan bas ini ditempatkan di parkir kereta di UUM COLGIS,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

surau

 

Roslina berkata, bas itu diubah suai dengan ruang solat yang mampu memuatkan antara 15 hingga 17 jemaah pada satu masa dan ia dibuka dari 12.30 tengah hari sehingga 6 petang.

 

Katanya, setakat ini surau bergerak itu hanya untuk kegunaan pelajar lelaki dengan ciri-ciri moden dilengkapi kemudahan asas seperti tangki air, paip wuduk, penghawa dingin, selipar dan sejadah.

 

Bagi pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan, Wan Ahmad Shazwan Wan Rozak, 21, surau bergerak itu satu kemudahan terbaik kepada penuntut yang berdepan dengan kekangan tempat solat terutama ketika menghadiri kelas.

 

“Saya berharap pelajar UUM dapat memanfaatkan kemudahan Musolla On Wheels yang disediakan ini dan kesibukan menghadiri kuliah tidak lagi menghalang penuntut untuk menjaga solat agar berjaya dunia dan akhirat,” katanya.

 

 

Sumber: HM

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Surau bergerak ini boleh memuatkan 10 jemaah lelaki dan wanita dalam satu-satu masa  sementara…
Berita Domestik
  Ahli Majlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam MBI, Abu Bakar Hussian…