Seperti biasa, keicar sebegini menggunakan enjin 660 cc aspirasi natural dan turbo dengan yang terkini mempunyai nadi hibrid.
Kesemua jenis enjin dipadan bersama transmisi Xtronic CVT dan pilihan pacuan 2WD atau 4WD.
Nissan Motor Sports & Customize Co., Ltd. atau NMC pula hadir dengan model istimewa DAYS Bolero, ROOX Autech, Urban Chrome dan Life Care Vehicle (LV).
DAYZ Bolero tampil dengan gaya unik, pilihan warna merah jambu dan juga rekaan roda old school.
ROOX Autech membawa gaya ringkas, tiada kit badan berlebihan dengan roda sama seperti Bolero tetapi dalam kombinasi yang sekali lagi berjaya membangkitkan aura klasik.
ROOX Urban Chrome pula tampak mewah dengan gaya lebih serius dan komponen luaran berwarna jet black.
Ada tiga tambahan warna badan untuk varian ini iaitu Frozen Vanilla Pearl, White Pearl/Titanium Gray dua tona dan Amethyst Purple/Frozen Vanilla Pearl dua tona.
Pada bahagian dalam, kerusi Urban Chrome lembut untuk disentuh dan kalis air.
Model LV dibuat untuk mereka yang memerlukan sokongan tambahan. Kerusi depan boleh dipusing dan naik turun supaya mudah untuk masuk dan keluar kereta.
Satu lagi ciri yang membantu ialah pemijak kaki automatik pada pintu belakang supaya senang untuk digunakan kanak-kanak dan juga warga emas.
Harga Nissan DAYZ 2022 bermula daripada 1,332,100 yen (RM42,148) hingga 1,907,400 yen (RM60,351).
ROOX pula di antara 1,463,000 yen (RM46,290) hingga 2,218,700 yen (RM70,200).
Penulis: Muhammad Md Tajudin