Lamborghini Aventador (RM1.4 juta) terbakar selepas bertembung dengan Mazda CX-5 (video di bawah)

oleh SALINA JALIL|
Sebuah ‘super car’ jenama Lamborghini berharga £270,000 (RM1.4 juta) terbakar apabila bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV), Mazda CX-5 dalam kemalangan di sebuah lebuh raya di Britain, lapor akhbar The Sun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Insiden semalam itu menyebabkan kesesakan lalu lintas terhenti sepanjang lebih 9 kilometer.

 

Perkhidmatan kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian selepas kereta Lamborghini Aventador merempuh Mazda tersebut sebelum kedua-duanya terbakar.

 

Beberapa kenderaan pasukan kecemasan termasuk ambulans, polis dan jentera bomba menghalang  jalan raya ketika anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

 

Van forensik turut dilihat di lokasi kejadian dengan lebuh raya M62 arah barat ditutup sehingga waktu petang.

 

“Pada pukul 5.11 petang (waktu tempatan), polis mendapat laporan mengenai dua kenderaan yang bertembung di M62 arah barat.

 

“Dua orang yang berada di dalam Lamborghini tersebut dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Tiada kecederaan lain dilaporkan dan siasatan masih dijalankan.

 

“Jalan tersebut ditutup buat masa ini dan pemandu dinasihatkan mengelak daripada melalui kawasan itu,” kata jurucakap Polis Yorkshire Barat.

 

Video di bawah:

 

 

 

– Agensi 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun, berkata empat…
Berita Global
  Menurut rakaman Tokyo Broadcasting System Television, kedua-dua pesawat itu masih berada di…
Berita Domestik
  "Kemalangan berlaku kira-kira jam 1.20 petang membabitkan motosikal ditunggang seorang lelaki…