4 beranak maut, motosikal dinaiki hilang kawalan, masuk laluan bertentangan

oleh SALINA JALIL|
Motosikal dinaiki empat beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Semanggar Dalam, di Kota Tinggi, petang tadi (Selasa), dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal Yamaha LC 135 itu dari arah Kota Tinggi ke Kampung Semanggar Dalam, sebelum bertembung lori yang datang dari arah bertentangan.

 

"Kemalangan berlaku kira-kira jam 1.20 petang membabitkan motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 39 tahun yang membonceng isterinya, 27, serta dua anak mereka berusia lima tahun dan sembilan bulan.

 

"Kemalangan juga membabitkan sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

 

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, empat beranak terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori tidak cedera.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

"Sehingga kini, pemandu lori tidak ditahan dan hasil semakan juga mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan trafik," katanya.

 

Pada masa sama, Hussin menasihatkan orang ramai sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan ditetapkan demi menjaga keselamatan bersama ketika di jalan raya.

 

- Innalillahwainnalillahirojiun, semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman -

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata mangsa pertama seorang wanita…
Berita Domestik
Kejadian tersebut berlaku pada jam 3.20 petang semalam, dimana ia melibatkan sebuah Proton Persona…
Berita Domestik
Kejadian itu berlaku di KM 47 Yamuna Expressway semasa Agastay dalam perjalanan dari Agra ke Delhi…