Kini, syarikat Sany yang terkenal dengan kren, trak dan jentolak itu dikatakan tampil dengan produk EV kedua - juga sebuah trak pikap elektrik!
Tidak seperti model EV pertama yang tampil dengan rekaan yang bersih, trak pikap kedua ini membawakan rupa paras yang lebih agresif, dimulakan dengan muka depan yang unik, lampu nyalaan siang LED yang membentuk imej kening muka serta rekaan gril hadapan yang lebar.
Rekaan sisi pula menampilkan arka roda menonjol yang dilayangkan warna kelabu sebagai kontras kepada warna badan trak pikap, diikuti dengan pemegang pintu jenis tertanam, serta pemasangan tayar off-road.
Bahagian belakang trak pikap elektrik ini membawakan rekaan lampu LED nipis yang membentuk segi empat besar, dan penambahan dua cangkuk tunda kepada dua unit yang ada di bahagian hadapan.
Sama seperti trak pikap yang pertama, spesifikasi trak pikap kedua ini masih lagi samar-samar, dan besar kemungkinan kedua-dua model ini bakal direalisasikan oleh Sany Group dalam masa terdekat.
Trak pikap elektrik #1 Sany