Menurut laporan daripada Car News China, imej paten tersebut sebenarnya telah didaftarkan di bawah nama Hunan Xingbida Network Technology - sebuah syarikat yang dimiliki oleh Sany Group.

Syarikat itu dilancarkan pada tahun 2019 dengan skop perniagaan merangkumi produk seperti EV, fasiliti pengecasan, bateri boleh ditukar dan sebagainya.
Dari segi luaran, trak pikap elektrik ini membawakan reka bentuk yang agak bersegi, dengan unit lampu nyalaan siang LED jenis menegak, logo Sany yang beriluminasi, serta bantuan lampu tambahan pada bahagian bawah.

Bahagian sisi pula menempatkan rekaan pintu yang tertanam kemas, garisan badan yang agak tajam, serta tempat pemijak sisi yang memudahkan urusan keluar dan masuk.
Menariknya, bahagian bed belakang mempunyai dimensi yang agak pendek berbanding trak pikap lain.

Spesifikasi trak pikap ini masih lagi belum diketahui, namun Sany dilaporkan sedang bekerjasama dengan pembekal bateri CATL untuk trak pikap berkuasa elektrik ini.
Sumber: CarNewsChina