Biarpun masih lagi dalam peringkat pengujian, Mercedes baru-baru ini memperlihatkan keupayaan G-wagen berkuasa elektrik itu melakukan pusingan seperti kereta kebal - atau tank turn.
Ciri ini sebenarnya telah pun diperlihatkan sebelum ini oleh Rivian menerusi trak pikap elektrik R1T, di mana ia boleh dibuat terima kasih kepada konfigurasi motor elektrik dan pacuan semua roda.
Difahamkan, Mercedes-Benz EQG masih lagi menggunakan binaan asas ladder frame yang sama seperti model G-Class yang dipadankan dengan empat motor elektrik.
EQG ini juga bakal mengekalkan rupa paras ikonik G-Class yang ditambah dengan elemen rekaan EQ seperti rekaan jeriji hadapan beriluminasi dan pilihan warna dua tona.
Spesifikasi penuh EQG hanya bakal diketahui menjelang pelancarannya sebagai model tahun 2024 kelak.