Mercedes-Benz EQG EV pertama di dunia guna bateri Titan Silicon, jarak gerak lebih jauh

oleh Mohamad Hanif|
SUV kotak berkuasa elektrik Mercedes-Benz EQG akan menjadi kenderaan elektrik pertama di dunia untuk menampilkan teknologi anod bateri berasaskan silikon yang dibekalkan oleh firma Sila Nanotechnologies.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Firma tersebut mendakwa bateri Titan Silicon itu menggantikan penggunaan anod grafit dengan anod silikon, dan mampu meningkatkan jarak gerak sesebuah EV sebanyak 20 peratus berbanding teknologi bateri sedia ada.
 

EQG


Selain daripada mampu menyimpan tenaga 10 kali lebih banyak berbanding teknologi sedia ada, ia juga mampu meningkatkan tahap kelajuan pengecasan bateri yang lebih signifikan.

Malah, Sila mendakwa produksi Titan Silicon berjaya menurunkan kadar produksi CO2 per kWh sebanyak 50 hingga 75 peratus berbanding grafit.

Bateri baharu tersebut bakal membuat kemunculan rasmi semasa pelancaran EQG yang dijadualkan pada lewat tahun 2024.
 

EQG


Mercedes-Benz EQG dijangka memiliki konfigurasi empat motor elektrik, dan jarak gerak sehingga 482 km.

Ia juga dikatakan banyak berkongsi platform dengan model G-Wagen sedia ada, dan berdasarkan model konsep yang diperlihatkan sebelum ini, rekaan luaran juga tidak banyak membawakan perbezaan dengan model 'kembarnya' itu.

Sumber: Electrek

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun masih lagi dalam peringkat pengujian, Mercedes baru-baru ini memperlihatkan keupayaan G-…