SUV pertama Lotus dan EV kedua selepas model Evija itu nampaknya tidak akan diproduksikan di Norfolk, sebaliknya ia bakal dipasang di kilang baharu Lotus yang terletak di Wuhan.
Video ringkas itu turut mendedahkan serba sedikit elemen rekaan yang bakal ditampilkan pada SUV Type 132, seperti rekaan lampu belakang melintang penuh, roda stereng yang dilengkapi dengan butang khas mod pemanduan, serta roda binaan gentian karbon.
Menurut laporan, Lotus Type 132 ini bakal dibangunkan atas pelantar EV bespoke dengan pek bateri berkapasiti 120 kWh, teknologi pengecasan pantas 800 voltan, dan kuasa kuda sekitar 600-700 kuasa kuda dengan pecutan 0-100 km/j sepantas tiga saat.
Perincian lanjut berkenaan Type 132 ini bakal diketahui dengan lebih terperinci pada 29 Mac ini.