Bagaimanapun, inisiatif kadar khas itu tidak terpakai bagi kesalahan yang disenarai hitam dan kesalahan kes am yang tiada dalam kadar berjadual.
Orang ramai boleh menikmati kadar khas ini dengan membuat semakan dan bayaran menerusi semua kaunter bayaran DBKL serta kaunter Pos Malaysia di seluruh negara.
Selain itu, semakan dan bayaran juga boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi MOBIS-DBKL atau secara Jompay menerusi aplikasi perbankan.