Dalam kenyataan terbaharu, F1, FIA serta ketua pasukan perlumbaan bersepakat adalah mustahil untuk menganjurkan GP Russia dalam keadaan semasa yang tidak menentu itu.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada GP Russia bakal ditukar ke lokasi lain.
Sebelum ini, juara dunia empat kali Sebastian Vettel mengumumkan beliau akan memboikot perlumbaan di Russia susulan serangan yang dilakukan ke atas Ukraine.
Sementara itu, pasukan Haas sebelum ini telah melucutkan penaja Uralkali pada hari terakhir ujian pra-musim yang berlangsung di Barcelona.
Syarikat Russia Uralkali itu dimiliki sebahagiannya oleh Dmitry Mazepin, bapa kepada pelumba Nikita Mazepin.
Menurut prinsipal pasukan Haas, Guenther Steiner berkata, beliau tidak dapat menjamin masa depan pemandu Russia serta menambah nasib tajaan Uralkali akan diselesaikan dalam masa terdekat.