Proton tercalon sebagai salah satu kenderaan rasmi Sukan Asia Ke-19 Hangzhou 2022

oleh SALINA JALIL|
Proton mengumumkan penamaannya sebagai salah satu kenderaan rasmi sempena Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022, hasil daripada kaitannya dengan Geely Auto Group, Rakan Kongsi Prestij Rasmi untuk Sukan Asia.


Menurut Proton, pengiktirafan itu bukan sekadar memberikan peluang untuk menyokong acara pelbagai-sukan terbesar di Asia, yang bakal berlangsung di Hangzhou, wilayah Zhejiang, China, dari 10 hingga 25 September 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Ia juga memberikan lebih bagi kereta antarabangsa jenama Malaysia meningkatkan imejnya di seluruh Asia. Semua model terkini Proton iaitu Persona, Iriz, Exora, Saga, X50 dan X70 akan membawa nama kenderaan rasmi Sukan Asia ke-19 Hangzhou 2022,” katanya dalam kenyataan.

 

Proton berkata, sebagai salah satu penyokong Sukan Asia, ia menyeru rakyat Malaysia untuk menyokong acara sukan pelbagai itu dan olahragawan negara yang sedang berusaha untuk menyampaikan persembahan terbaik mereka di Sukan Asia.

 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, kejayaan itu mencerminkan komitmen Proton ke arah Inspiring Connections dan usaha berterusannya untuk kecemerlangan.

 

“Kami ingin menawarkan cara baharu bagi memeriahkan Sukan Asia ke-19 melalui kempen-kempen kami. Acara pelbagai sukan di Asia akan memberikan platform penting kepada Proton.

 

Matlamat kami adalah untuk menghubungkan semua lapisan masyarakat untuk sertai kami dan memberikan sokongan kepada olahragawan negara bagi mendorong mereka untuk mencapai kejayaan, dan merangkul identiti kita sebagai sebahagian daripada Keluarga Asia,” katanya.

 

Jelas Proton, kempen Proton bersempena acara di Hangzhou 2022 akan dimulakan dengan peraduan Proton Ignite Your Life di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah apabila mereka menempah dan mendaftar sama ada Persona, Iriz, Exora, Saga, X50 atau X70 dari 1 Februari hingga 31 Julai 2022.

 

“Hadiah menarik termasuk hadiah utama perjalanan eksklusif ke Hangzhou untuk merasai acara secara langsung, serta hadiah bulanan seperti e-baucar untuk produk sukan,” jelasnya.

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penggunaan kenderaan rasmi milik kerajaan terlalu tinggi sekali gus menyebabkan kos…
Berita Domestik
"Ada tersebar gambar-gambar kereta SUV model Mazda sama ada CX5 atau CX8, saya tak dapat…
Berita Domestik
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong berkata, perkara tersebut…