Menurut laporan daripada Automobilwoche, penamatan tersebut dimulakan dengan model CLA Shooting Brake menjelang tahun 2025, malah model E-Class generasi baharu juga dijangka tidak akan mendapat varian bumbung panjang.
Generasi baharu C-Class yang dilancarkan pada tahun lalu turut ditawarkan dalam bentuk wagon (dan juga versi crossover wagon All-Terrain), namun tiada siapa dapat meneka sejauh mana hayat wagon tersebut bakal bertahan.
Dalam laporan terdahulu, COO Mercedes-Benz Markus Schafer memberitahu Autocar bahawa pasaran kenderaan segmen estate (wagon) semakin mengecut dan kebanyakan pelanggan di pasaran utama lebih menggemari segmen crossover dan SUV.
Jadi, untuk melabur berbillion dollar untuk sebuah segmen yang kecil merupakan pilihan yang kurang bijak memandangkan Mercedes mahu menumpukan perhatian untuk membangunkan kenderaan elektrik serta segmen yang lebih menguntungkan.
Sumber: Automobilwoche