Berdasarkan perkongsian gambar di laman sosial, motosikal itu dihadiahkan oleh seseorang sebelum diserahkan oleh sebuah kedai motosikal terkenal di Shah Alam.
“Buat baik dibalas baik”, kata pihak kedai motosikal terkenal di Shah Alam dalam kenyataan.
Sebagai penghargaan terhadap usaha murni itu, pihak kedai motosikal terkenal itu turut menaja beberapa aksesori antaranya adalah topi keledar, jaket dan beg untuk Azwan.
Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berasa gembira kerana Azwan menerima rezeki yang tanpa diduga.
“Memang rezeki tidak salah alamat. Alhamdulillah rezeki Allah macam-macam bentuk untuk kita semua,” jelas @Wanboss.
“Semoga dimurahkan rezeki kepada orang yang hadiahkan Abang Viva kita ini,” kata @KamalrudinZulkifli.
– K! ONLINE