Abang Viva Terima Sijil ‘Adiwira Prihatin Musibah’ Dari APM

oleh SALINA JALIL|
Dia hanya orang awam biasa, tetapi mempunyai hati yang ikhlas membantu.


Menolak diberikan pangkat, upah dan hadiah, Azwan Omar atau dikenali sebagai Abang Viva pernah menyatakan dirinya tidak mahu dikenali ramai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Namun segala pengorbanan dan sifat terpuji beliau sehingga sanggup mengambil cuti kecemasan dan enggan menerima segala tajaan dalam proses menyelamat mangsa banjir, lelaki kelahiran Melaka itu telah diberikan sijil kepujian Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam 2021 (Adiwira Musibah Banjir) dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). 

 

Anugerah itu diberikan atas jasanya menyelamat orang awam sepanjang Monsun Timur Laut.

 

“Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed menyampaikan 'Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya' kepada Azwan bin Omar (Abang Viva) atas keprihatinannya membantu mangsa banjir di Shah Alam dengan membawa sebuah bot atas bumbung kereta dari Melaka.

 

“Sijil disampaikan semasa lawatan beliau ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA), Temerloh, Pahang pada hari Selasa,” katanya.

 

 

Azwan menerusi akaun TikTok turut berkongsi tentang perkara itu.

 

“Alhamdulillah atas berkat doa emak ayah dan orang ramai semua saya telah menerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah,” titipnya.

 

Semoga segala jasa dan budi beliau dijadikan contoh kepada anak-anak dan diri kita sendiri, di mana ada keikhlasan di situ ada pembelaan dan pengiktirafan.

 

Teruskan usaha murni mu Azwan, semoga Allah memberkati kamu dan keluarga kamu juga. Terima kasih dari kami rakyat Malaysia kerana berjaya membuka mata kami dan membuktikan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada kejayaan.

 

 

APM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas beliau menerima sumbangan trak pikap daripada seorang usahawan tempatan, rupa-rupanya…
Berita Domestik
Berdasarkan perkongsian gambar di laman sosial, motosikal itu dihadiahkan oleh seseorang sebelum…
Informasi
  Beliau berkata, usahawan wanita berkenaan memberikan secara ikhlas dengan tujuan ingin­…