Perodua sambut baik inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Perodua mengalu-alukan inisiatif Baucar Diskaun Automotif yang diumumkan baru-baru ini sebagai satu bentuk pembayaran bagi membaiki kenderaan yang terjejas akibat banjir tempoh hari.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Pada 7 Januari 2022, Kementerian Kewangan telah mengumumkan inisiatif baucar bernilai RM1,000 bagi membantu pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan akibat banjir.

Baucar tersebut boleh digunakan untuk membuat tuntutan terhadap pembaikan, atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak.

Tarikh akhir tuntutan Baucar Diskaun Automotif ialah pada 31 Mac 2022, dan pemilik boleh menebus segera baucar tersebut di pusat-pusat servis sah bagi syarikat automotif yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad berkata, "kami berterima kasih kepada pihak kerajaan atas tindakan pantas dan keprihatinan dalam membantu mangsa banjir di saat-saat yang diperlukan.

Tambah beliau, Perodua sebelum ini melancarkan Program Bantuan Banjir Perodua pada 19 Disember 2021 bagi membantu pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan akibat banjir baru-baru ini.

"Sehingga 10 Januari 2022, sebanyak 1,987 kenderaan Perodua telah ditunda ke 200 pusat servis Perodua untuk penilaian, dan setakat ini 323 unit telah dibaikpulih," jelas Dato' Zainal lagi.

Perodua turut menyediakan sebuah hab khas pembaikan banjir di Sahah Alam, bertujuan untuk membaiki kenderaan yang rosak akibat banjir secepat mungkin.

Program Bantuan Banjir Perodua merangkumi diskaun 50 peratus alat ganti standard, termasuk kos upah percuma untuk semua penggantian dan pembaikan, serta perkhidmatan tunda percuma.

Pelanggan Perodua boleh mendapatkan khidmat tersebut menerusi nombor Perodua Auto Assist (24 jam) di talian 1800-88-5555, atau Pusat Khidmat Pelanggan Perodua di 1800-88-6600.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…
Berita Domestik
Pada 3 Mei 2024, Perodua telah memperkenalkan kereta model Alza AV dan H serta Axia AV dan G ke…
Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…