Bantuan tersebut merangkumi diskaun 25 peratus terhadap jumlah keseluruhan kos pembaikan kenderaan yang terjejas, kos tundaan kenderaan percuma, penilaian kos pembaikan percuma, serta pelan ansuran dengan kadar faedah sifar peratus terhadap kos pembaikan.
Menurut CEO Cycle & Carriage, Wilfrid Foo berkata, "kami sedar kesukaran yang dialami oleh para pelanggan kami dalam situasi yang tidak dijangka ini. Kami berharap dengan bantuan ini mampu meringankan beban pelanggan kami yang terjejas akibat banjir ini.
Pusat pameran Cycle & Carriage akan sentiasa dibuka kepada para pelanggan untuk membuat temujanji pemeriksaaan dan pembaikan kenderaan.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web https://www.ccb.mercedes-benz.com.my atau https://www.facebook.com/cyclecarriagemy/, atau dengan menghubungi talian khidmat pelanggan Cycle & Carriage di 1-800-22-8000.