Pihak Rapid Bus Sdn Bhd pada ketika ini sedang giat berusaha untuk memulihkan keadaan Depoh Operasi di Shah Alam yang memerlukan kerja-kerja pembaikan, dan pemeriksaan bas yang terjejas akibat banjir.
Pada ketika ini, operasi perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) dan perkhidmatan rel Rapid KL masih lagi beroperasi seperti biasa.
Pihak Prasarana juga turut membuka sebuah pusat perlindungan sementara di Stesen LRT Putra Heights bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir yang tinggal di sekitar kawasan tersebut.
Maklumat terbaharu berhubung status operasi perkhidmatan bas Rapid KL boleh didapati di laman media sosial Rapid KL dan akan dikemaskini bagi memudahkan para penumpang merancang perjalanan.