Bas Rapid KL terbakar, 6 penumpang lalui detik cemas

oleh Penyumbang Rencana|
Gambar dari JBPM
Sebuah bas Rapid KL yang membawa enam penumpang berdepan detik cemas apabila kenderaan itu terbakar di hadapan sebuah pusat membeli belah di Jalan Ampang, di Kuala Lumpur pada Isnin.

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bas laluan Taman Mulia Jaya menghala Lebuh Ampang itu terbakar pada jam 10.52 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kejadian disedari kapten bas yang melihat asap dari bahagian belakang bas sebelum memberhentikan kenderaan untuk menurunkan penumpang dan mengawal kebakaran daripada merebak menggunakan alat pemadam api.

"Kapten bas dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada kerosakan pada harta benda awam dilaporkan serta bas terbabit ditunda ke depoh pada 12.08 tengah hari tadi," menurut kenyataan itu.

Rapid Bus turut memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian terbabit dan akan memberikan kerjasama dengan polis bagi menjalankan siasatan sepenuhnya bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Keramat, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd Fahbell Md Yasin berkata seramai sembilan anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati bahagian belakang bas terbabit terbakar 50 peratus.

"Kebakaran dipadam sepenuhnya pada jam 11.07 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketika kejadian, semua pelajar Kolej Matrikulasi Kedah itu dalam perjalanan balik dari Kelantan…
Berita Domestik
  Katanya, insiden tersebut berlaku ketika bas berkenaan ingin mengambil penumpang di Stesen LRT…