Dengan ini, seluruh jaringan lebuh raya bertol di sepanjang laluan tersebut akan menyediakan lorong RFID dalam memberikan perkhidmatan yang lebih mudah dan mengurangkan kesesakan di plaza tol.
Menggunakan teknologi RFID, pengguna lebuh raya berpeluang menikmati perjalanan yang lebih lancar, selain melaksanakan transaksi tol tanpa sentuhan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Selain itu, penggunaan RFID juga akan menawarkan keselamatan tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai menerusi e-dompet Touch 'n Go tanpa perlu mengunjungi kaunter tambah nilai.
Kutipan tol menggunakan kad fizikal TnG dan SmartTAG masih lagi disediakan, namun ia akan dihentikan secara berperingkat bagi memberi peluang lebih banyak lorong RFID disediakan sebelum pelaksanaan MLFF.
Tag RFID boleh didapati menerusi kedai dalam talian, portal Touch 'n Go atau ejen pemasaran, serta di 39 buah pusat pemasangan tag RFID di seluruh Semenanjung Malaysia.