Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira jam 6.14 petang.
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 6.30 petang.
"Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Proton Preve dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berumur 36 tahun. Pemandu berkenaan dipercayai mabuk.
Seorang pekerja kedai tersebut mengalami kecederaan. Mangsa berumur 20-an pengsan dan mungkin mengalami kecederaan dalaman telah dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Norazam, pemandu kereta berkenaan cedera dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.