Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan mabuk mesti membayar pampasan ganti rugi kepada ahli keluarga mangsa.
Pesalah perlu menanggung anak-anak mangsa sehingga kanak-kanak itu berumur 18 tahun atau sehingga kanak-kanak itu menamatkan pengajian dari sekolah menengah.
Pembunuhan mabuk ditakrifkan oleh undang-undang negeri dan tidak kira apa kenderaan yang dipandu oleh pesalah sama ada kenderaan bermotor, mengendalikan pesawat, kapal, atau tunggangan taman hiburan, atau memasang tunggangan hiburan mudah alih.
Ia turut dikuat kuasakan kepada pemabuk yang menyebabkan kematian orang lain secara sengaja atau tidak sengaja juga perlu patuh pada undang-undang tersebut.
Menurut undang-undang itu juga, jika pesalah tidak dapat membayar pampasan itu kerana mereka dipenjarakan, mereka perlu membuat pembayaran tersebut selewat-lewatnya satu tahun selepas tarikh pembebasan mereka.
Menurut beberapa sumber di Texas, Gabenor Republikan Greg Abbott telah menandatangani rang undang-undang tersebut pada Jun 2023 dan beliau berasa bangga menyokong undang-undang itu.
“Saya berbesar hati menandatangani Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393 menjadi undang-undang tahun ini untuk meminta pesalah membayar nafkah anak untuk anak-anak mangsa mereka.”
Oleh itu, adakah Malaysia sedia untuk melaksanakan undang-undang seperti ini agar ahli keluarga mangsa yang terbunuh oleh pemabuk mendapat keadilan? atau pemabuk perlu dipenjara sahaja dan denda kemudian bebas semula atas jalan raya?
SUMBER : CNN