"Bertindak atas aduan, pemilik kenderaan iaitu wanita berusia 32 tahun hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar, jam 2.45 petang hari ini. Hasil siasatan, wanita itu mengaku kenderaan terbabit miliknya.
"Polis mengeluarkan saman atas kesalahan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan pemandu sudah menukar semula ke nombor pendaftaran yang asal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.
Katanya, dia meminta orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat supaya menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.