Skuter ini menggunakan nadi BlueCore silinder tunggal 125 cc SOHC yang mampu menghasilkan 9.39 hp @ 8,000 rpm, dan daya kilas 9.6 Nm @ 5,500 rpm dengan transmisi automatik.
Enjin ini turut menampilkan teknologi Smart Motor Generator, ciri Start-Stop, serta indikasi mod Eco yang menawarkan tunggangan yang lebih lancar dan senyap untuk kegunaan seharian.
Dari segi kelengkapan, Yamaha EGO Gear didatangkan dengan lampu utama LED, paparan meter analog yang ringkas, slot kuasa untuk pengecasan peranti pintar, serta butang lampu kecemasan.
Rim pula adalah bersaiz 14 inci yang dibaluti tayar 70/90 depan, dan 90/80 di bahagian belakang, sementara ketinggian pelana pula adalah sekitar 750 mm.
Yamaha EGO Gear dijual pada harga bermula dari RM5,418.62 tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans, dan setiap pembelian didatangkan dengan kunci cakera brek secara percuma.