Laporan: Myvi 2022 facelift bakal dapat transmisi D-CVT, ASA 3.0!

oleh Mohamad Hanif|
Sedar ataupun tidak, hatchback paling popular di Malaysia Perodua Myvi generasi ketiga sudah pun memasuki usia empat tahun semenjak dilancarkan pada tahun 2017.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sudah pasti, rakyat Malaysia kini menanti-nantikan kehadiran model kemaskini (facelift) dan dengar khabar, ia bakal didedahkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Menurut dokumen yang diperoleh rakan media Paultan, Perodua Myvi facelift akan terus ditawarkan dengan barisan varian sedia ada - 1.3 G, 1.5 X, 1.5 H dan 1.5 AV.

Namun, dokumen itu menyenaraikan sistem transmisi CVT bagi menggantikan kotak gear automatik empat nisbah kelajuan yang telah digunakan sejak sekian lama itu.
 

Ativa


Setakat ini, model Perodua yang telah menggunakan transmisi CVT (atau lebih tepat lagi D-CVT daripada Daihatsu) adalah Perodua Ativa yang dilengkapi dengan enjin 1.0 liter turbo.

Tiada perubahan trenkuasa dijangkakan, dan ini bermakna Perodua Myvi masih kekal dengan nadi 1.3 liter 1NR-VE (94 hp/121 Nm) serta enjin 1.5 liter 2NR-VE (102 hp/136 Nm).

Selain daripada perubahan dari segi kosmetik, Perodua Myvi 2022 facelift juga dijangka membawakan perubahan besar dari segi kelengkapan keselamatan menggunakan asas daripada apa yang ditawarkan pada Perodua Ativa.
 

myvi


Ini menunjukkan Perodua Myvi 2022 akan dilengkapi dengan ciri Advanced Safety Assist (ASA) 3.0 yang merangkumi Amaran Pra-Pelanggaran (PCW), Brek Pra-Pelanggaran (AEB), Amaran Pergerakan Hadapan (FDA) dan juga Kawalan Salah Operasi Pedal (PMC).

Perubahan yang disebutkan itu tadi turut dijangka mampu mengakibatkan kenaikan harga, namun kenyataan sebenar hanya dapat diketahui menjelang pelancaran rasmi Perodua Myvi 2022 dalam masa terdekat.

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Apa tidak popularnya, jika ada video viral di media sosial, Myvi sering menjadi ‘watak utama’ atau…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, berdasarkan rakaman berdurasi 39 saat…
Berita Domestik
Katanya, video berdurasi 60 saat itu menunjukkan sebuah kereta jenis Myvi warna kelabu dipandu…