Caranya? Buat pusingan satu Amerika Syarikat dengan melawat tidak kurang daripada 628 buah pengedar Volkswagen di seluruh negara dalam satu perjalanan yang berterusan.
Usaha mereka melakukan perjalanan sejauh 56,327 km selama 100 hari itu berjaya membuahkan hasil apabila diiktiraf oleh Guinness World Record untuk pemanduan paling jauh di dalam satu perjalanan yang berterusan untuk sebuah kereta elektrik bukan berkuasa solar.
Hadiah tersebut disampaikan ketika mereka pulang ke ibu pejabat Volkswagen USA bertempat di Herndon, Virginia.
Menurut Zietlow, "ia merupakan satu perkara yang hebat apabila dapat berkongsi pengalaman pemanduan ID.4 dengan pelbagai pihak sepanjang perjalanan."
"VW ID.4 bukan sekadar dapat memecahkan rekod, ia juga dapat membuktikan tahap kesediaan infrastruktur pengecasan negara ini yang sebenar.