Volkswagen ID.4 GTX - 'varian GTi' untuk crossover elektrik, 295 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Crossover elektrik Volkswagen ID.4 kini mendapat varian baharu yang lebih sporti, dan dengan peningkatan kuasa berbanding ID.4 standard 201 hp, ia sekaligus menjadi model crossover elektrik terpantas VW pada ketika ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak seperti ID.4 standard, Volkswagen ID.4 GTX (lencana lama yang dihidupkan kembali) mendapat motor elektrik tambahan yang diposisikan pada gandar hadapan, dengan angka output keseluruhan meningkat kepada 295 kuasa kuda.

 


Dari segi pecutan, ID.4 GTX ini boleh mencapai kelajuan 100 km/j dalam tempoh 6.2 saat dari pegun, manakala had kelajuan tertinggi pula dinaikkan daripada 159 km/j kepada 180 km/j.

Pek bateri ID.4 GTX pula adalah berkapasiti 77 kWh  yang membenarkan jarak pergerakan sejauh 479 km berbanding model ID.4 standard yang dilengkapi dengan pek bateri serupa, iaitu 563 km (data WLTP).

Dengan pengecasan 125 kW, ID.4 GTX berupaya untuk menambah jarak pergerakan sebanyak 299 km untuk tempoh 30 minit.

 


Dari segi luaran, VW ID.4 GTX mendapat kelengkapan standard seperti lampu LED matrix IQ.Light, spoiler dan gril kemasukan udara hitam berkilat, serta rim bersaiz 20 inci (boleh dinaikkan kepada 21 inci) sementara ruang kabin pula mendapat lampu pencahayaan ambien 30 warna, kemasan jahitan merah, dan roda stereng yang dilengkapi pemanas.

Terdapat beberapa pakej tambahan yang ditawarkan oleh Volkswagen seperti:

  • Sports Package - sistem suspensi lebih rendah 15 mm, dan sistem stereng progresif dengan nisbah yang lebih pantas
  • Sports Plus Package - sistem Dynamic Chassis Control (DCC)

 


Harga jualan ID.4 GTX bermula dari €50,415 (RM251,083) tidak termasuk geran EV yang dibekalkan oleh kerajaan Jerman.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi menawarkan lebih banyak pilihan kepada para pengguna, Volkswagen membawakan pula sebuah lagi…
Berita Global
Caranya? Buat pusingan satu Amerika Syarikat dengan melawat tidak kurang daripada 628 buah pengedar…