Penyanyi berusia 23 tahun itu diumumkan sebagai Bintang Paling Popular pada 13 November 2020, di mana beliau berjaya memperoleh 22,332,676 undian.
Beliau juga turut meraih Penyanyi Bintang Popular dan Lagu Paling Boom Popular menerusi lagu 'Lembah Kesepian'.
Nissan LEAF merupakan sebuah EV 100 peratus menggunakan kuasa elektrik dengan jarak pemanduan 311 km untuk cas penuh bateri berkapasiti 40 kWh.
Ia mampu memecut sepantas 7.9 saat dari 0-100 km/j, terima kasih kepada daya kilas 320 Nm yang mampu dijana dengan segera.
Nissan LEAF juga dilengkapi dengan ciri keselamatan Nissan Intelligent Mobility seperti e-pedal, amaran pelanggaran hadapan pintar, brek kecemasan, serta sistem pemantauan keliling pintar dengan kamera 360 darjah.
Harga jualan Nissan LEAF bermula dari RM181,263.