Pemenang ABPBH, Mira Filzah bawa pulang Nissan X-Trail Hybrid baharu

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), penaja rasmi kenderaan acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019 (ABPBH) telah menyerahkan sebuah Nissan X-Trail 2.0L Hybrid kepada pemenang hadiah utama, Mira Filzah (atau Nur Amirah Filzah binti Badioezaman).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mira Filzah yang cukup berbakat itu memandu pulang sebuah Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai RM159,888 yang dilancarkan baru-baru ini.

SUV tersebut mencatat penggunaan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 16.1km/l (berdasarkan kepada mode ujian ECE R101).  

SUV yang inovatif itu juga dilengkapi dengan teknologi keselamatan  canggih Nissan Intelligent Mobility yang membolehkannya menerima penarafan 5-bintang ASEAN NCAP.

 


Semasa majlis penyerahan itu, Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Anugerah Bintang Popular 2019 Berita Harian kerana anugerah ini mengiktiraf dedikasi dan kerja keras artis-artis di Malaysia dalam mengembangkan industri hiburan tempatan.

"Kami juga bangga dapat menyerahkan artis paling popular ini dengan SUV berteknologi hibrid yang pertama dipasang di Malaysia, Nissan X-Trail 2.0L Hybrid baharu.”

Artis kelahiran Ipoh berusia 26 tahun, Mira Filzah diumumkan sebagai pemenang ABPBH 19 pada 22 September 2019, selepas beliau menerima 6,320,463 undian.

Mira Filzah berlakon dalam beberapa buah drama dan filem popular seperti Eksperimen Cinta, Cinta Si Wedding Planner, Meh Sandar Pada Aku, Pujaan Hati Kanda, Sweet Dreams, Rise: Ini Kalilah serta Sangkar.

 


Ditubuhkan pada tahun 1987, ABPBH merupakan acara tahunan anjuran Berita Harian untuk memberi anugerah kepada penyanyi, pelakon dan selebriti paling popular dalam industri hiburan di Malaysia berdasarkan kepada undian daripada pembaca Berita Harian serta Berita Minggu.

Ia merupakan anugerah pilihan ramai yang paling berprestij dalam industri hiburan di Malaysia.